Hari ahad lepas adalah hari yang amat bermakna untuk aku bersama rakan blogger daripada #KelabBloggerBenAshaari mengadakan aktiviti yang hebat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya bersempena KBBA Blogger’s Day Out…Ramai rakan blogger yang selama ini hanya berhubung melalui alam maya kini dapat bertemu mata dan beramah mesra. Antara yang awal hadir ke lokasi selain team urusetia #KelabBloggerBenAshaari adalah sahabat blogger aku anazarin.com, mesra dengan panggilan Zarin yang hadir bersama isteri beliau.
Nak diceritakan, aku dah 3 tahun pernah berada di Cyberjaya dan ini kali pertama aku menjejakkan kaki di Kelab Taman Tasik Cyberjaya. Rupanya tempat dia menarik, banyak kemudahan yang ada disini. macam-macam dia ada contonhya Golf Range, Go Kart, Dewan Badminton, Kolam renang, Dewan yang besar, Paint ball dan banyak lagi malah ada Bayou Coffee House untuk menjamu selera.
Seawal 8 pagi semakin ramai rakan blogger hadir dan pendaftaran dibuat di lobi Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ni. Barangan tajaan dari penaja juga diedarkan. Terima kasih pada semua penaja.Cosmoderm, Yeos Malaysia, StampNprint Enterprise , Azwar Kamaruzaman, Natalia , dan Monsters Crazy Crunchy… Bagi aku program ni memang hebat, julung kalinya mengumpulkan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. Tahniah Ben Ashaari dan team urusetia yang manjadikan program ni best dan berjaya.
Mari Bersenam
Acara bermula dengan penuh keceriaan dalam cara Senam Robik di hoskan oleh Uzu dan dibantu oleh Boni.com dan encik ST.com. Lagu yang dimainkan pun menarik. Blogger bersama anak – anak pun bersama membuat senaman. Acara ini berlansung di Lobby pendaftaran tadi. Walaupun sekejap tapi berpeluh juga dibuatnya.
Acara paling seronok aku main hari ni adalah acara main golf. Ini merupakan kali pertama aku pegang kayu golf dan tak tahu sebenarnya. Tapi jangan risau, ada pengajar dari pihak Kelab Taman Tasik Cyberjaya yang membantu dalam buat penerangan cara untuk memukul dan pegang kayu golf yang betul. Alhamdulillah…pukulan pertama aku berjaya bukan pukul angin. Kemudahan ni cukup sesuai yang ingin bermula untuk berjinak dalam permainan golf, manalah tahu boleh ikut jejak “Kayu Harimau” (Tiger Wood).
Kemudahan dewan badminton pun ada, ada 3 court badminton lengkap di sini. KBBA membuat perlawanan 6 sebelah, pelik kan? Tapi itulah idea pengasas KBBA En Ben. Ada 6 orang dalam setiap team tapi raketnya satu jer…jadi apabila pukulan dibuat raket akan bertukar tangan. Maka berebutlah dan permainan menjadi lebih menarik sebab pukul tak kena.Mula-mula team aku menang set pertama tapi apabila separuh akhir kecundang.
Banyak-banyak permainan hari ni, yang paling best main Go Kart. Pengalaman pertama kali bawa kereta kecil amat mengujakan. Nampak macam senang, tapi ia memerlukan kemahiran dalam mengawal kenderaan ini semasa melalui selekoh. Rasa seperti Lewis Hamilton pemandu F1 Mercedes Petronas. Sebelum menaiki kenderaan ini, pihak pengurusan Kelab membuat sesi taklimat keselamatan dan juga tatacara bagaimana untuk mengendalikan kenderaan ini.Walaupun mempunyai kapasiti enjin yang kecil, laju juga…
Selepas program perlumbaan dengan Go Kart, perut terasa lapar kerana habis sahaja berlumba jam telah menunjukkan 12 tengah hari. Aku cadangkan sesiapa yang nak datang ke kelab ini kalau malas nak memasak, boleh sahaja singgah ke Bayou Coffee House yang menyediakan pelbagai menu yang sedap. Cakap saja apa menunya memang cukup memenuhi selera kita. Aku ambil semua lauk sikit-sikit sampai penuh pinggan dibuatnya. Terima kasih Bayou Coffee House makanan anda terbaik!!. Jadi sesiapa ingin membuat tempahan makan sila hubungi bayoucateringcyberjaya@gmail.com dan nombor telefon: 03-83180008. Lepas makan kami menunaikan fardu solat Zohor, disini semua kemudahan lengkap termasuk surau yang amat selesa untuk menunaikan ibadah solat.
Selesai sahaja solat Zohor sesi santai KBBA dimulakan dengan permainan yang ekstrem!!iaitu Paintball.
Peserta diminta memakai pakaian serba lengkap termasuk mask dan baju kalis peluru. Terasa seperti nak berperang, ingat lagi masa kecil dahulu puas berangan main perang-perang guna buah terung pipit sebagai peluru. Kami dibekalkan dengan senjata beserta peluru yang mengandungi pewarna. Jadi acara bermula… wau… apa nak dikata… bunyi semasa tembakan yang bertalu-talu adalah seakan-akan fiem Saving Private Raya. Jika kena badan amat pedih..tapi tidaklah mencederakan yang serius. Puas hati permainan ni dan amat mengujakan.
Selepas penat bermain tibalah masanya program KBBA ini melabuhkan tirai, tapi sebelum tu acara penutup meriah juga dengan cabutan bertuah. Nampaknya acara KBBA ni amat berbaloi dan seronok. Harp-harap akan dijadikan acara tahunan KBBA.